Apa itu hari sukan negara?

Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Ia telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 24hb Mac 2015.

Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020.

Sambutan Hari Sukan Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat

mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya akan berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan.

Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.

OBJEKTIF HARI SUKAN NEGARA

  • Menerapkan budaya sukan dikalangan rakyat.
  • Memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat
  • Pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan.
  • Meningkatkan pengetahuan sukan dikalangan rakyat.
  • Mengiktiraf rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar umbi.

SENARAI SEKRETARIAT PERINGKAT NEGERI

  • SEKRETARIAT HSN NEGERI PERLIS

    Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis

    Gelanggang Budaya Tuanku Abdul Rahman,

    Jalan Hospital, 01000 Kangar, Perlis.

    Tel : 04-979 3505

    Fax : 04-976 2555

  • SEKRETARIAT HSN NEGERI KEDAH

    Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah

    D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah,

    Jalan Stadium, 05100 Alor Setar, Kedah.

    Tel : 04-7324500

    Fax : 04-7311909

  • SEKRETARIAT HSN NEGERI PULAU PINANG

    Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang

    Jalan Sultan Azlan Shah,

    11700 Batu Uban, Pulau Pinang.

    Tel : 04-655 4444/4404

    Fax : 04-657 4444

  • SEKRETARIAT HSN NEGERI PERAK

    Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak

    Tingkat 1, Kompleks Belia dan Sukan Perak,

    Jalan Ghazali Jawi, 31400 Ipoh, Perak.

    Tel : 05-548 9500/ 501

    Fax: 05-5489504/ 5463946

  • SEKRETARIAT HSN NEGERI SELANGOR

    Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor

    Tingkat 5, Plaza Perangsang,

    Persiaran Perbandaran, 40000 Shah Alam, Selangor.

    Tel : 03-551 92326

    p Fax : 03-551 92231

  • SEKRETARIAT HSN WP KUALA LUMPUR

    Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur,

    Jalan Bukit Kiara 1, 60000 Kuala Lumpur.

    Tel : 03-2081 5800

    Fax : 03-2095 6997

  • SEKRETARIAT HSN NEGERI SEMBILAN

    Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan

    D/A Kompleks Belia dan Sukan Paroi,

    70400 Seremban, Negeri Sembilan.

    Tel:06-7613163/ 7641480

    p Fax : 06-762 5569

  • SEKRETARIAT HSN NEGERI MELAKA

    Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka

    Jalan Tasek, Ayer Keroh, 75450 Melaka.

    Tel : 06-234 5900

    Fax : 06-234 5905

  • SEKRETARIAT HSN NEGERI JOHOR

    Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor

    Tingkat 5, Blok B, wisma Persekutuan,

    Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor.

    Tel : 07-223 2614

    Fax : 07-223 4487

  • SEKRETARIAT HSN NEGERI PAHANG

    Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang

    Tingkat 5, Bangunan Persekutuan,

    Jalan Gambut, 25000 Kuantan, Pahang.

    Tel : 09-5164354

    Fax : 09-5162272

  • SEKRETARIAT HSN NEGERI KELANTAN

    Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

    Kompleks Belia dan Sukan Panji,

    15200 Kota Bharu, Kelantan.

    Tel : 09-766 1200

    Fax : 09-7667265/ 7642919

  • SEKRETARIAT HSN NEGERI TERENGGANU

    Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu

    Jalan Pasir Panjang,

    21100 Kuala Terengganu,Terengganu.

    Tel : 09-6222344

    Fax : 09-6236596

  • SEKRETARIAT HSN NEGERI SARAWAK

    Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak

    Tingkat 13, Bangunan Sultan Iskandar,

    Jalan Simpang Tiga,

    93300 Kuching, Sarawak.

    Tel : 082-240631/ 248321

    Fax : 082-244537

  • SEKRETARIAT HSN NEGERI SABAH

    Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sabah

    Kompleks Belia dan Sukan Sabah,

    Jalan Taman Pasir Putih, Putatan,

    Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu, Sabah.

    Tel : 088-765777 / 761777

    Fax : 088-765262

  • SEKRETARIAT HSN WP LABUAN

    Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan

    Kompleks Sukan Labuan,

    Peti Surat 80906,

    87019, Wilayah Persekutuan Labuan.

    Tel : 087-415344

    Fax : 087-415345

19 September - 18 Oktober

Jualan Murah

JENAMA-JENAMA TERLIBAT

Program-Program HSN

Pilih Negeri Anda



Download the Walk-a-Win Mobile App

Walk-a-Win is the official Mobile App for Hari Sukan Negara 2015. The App is available all year around for Malaysians to monitor their fitness levels and physical activity. Burn more calories and win rewards during Hari Sukan Negara 2015

Contact walkawin2020@gmail.com


Rakan HSN